Friday, March 11, 2011

Manfaatkan terpendam dalam ketawa.

Wahai kawan2 ku sekalian, sudahkan anda ketawa dan bergembira hari ini???? Adakan hari ini anda rasa hari yang malang bagi anda???? Mari kita lihat apa manfaat apabila kita ketawa.
Adakah anda percaya hanya dengan ketawa, anda dapat merasakan beban hidup yang dihadapi lebih ringan. Malah ketawa sering dijadikan ubat pelbagai penyakit seperti tekanan, arthritis,stok,diabetes dan peyakit jantung. Ini kerana ketawa memberikan otot-otot dalam keadaan tenang dan membantu menghilangkan stress.
jadilah seperti ini supaya kita terus sihat


Ketawa dengan terbahak-bahak juga akan membantu anda melepaskan enzim dan hormon yang sangat diperlukan oleh organ-organ badan agar dapat berfungsi dengan baik. Ia juga dapat mengaktifkan kembali sel T  yang berfungsi sebagai antibiotic semulajadi, meningkatkan system imunisasi dan melawan penyakit.


Kepercayaan diri juga meningkat dan mental juga menjadi kuat  untuk menghadapi segala masalah. Secara tidak langsung ketawa dapat membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan system aliran darah meningkat.